Sunday, July 20, 2008

Umrah Part 1

Minggu lepas alhamdullilah suami dan saya selamat mengerjakan umrah....di sini saya nak syare pengalaman saya disana.....

09/07/08
bertolak dgn MH151 pukul 3.30 ptg dan sampai di Jeddah pukul 6.30ptg(pukul 11.30mlm waktu M'sia dgn perbezaan masa 5 jam).Saya berdua bersama suami dan tiada group coz saya dan suami menggunakan ticket annual privellege dan hanya membayar ground handling saja kpd travel agent(Muhammadiyah Tours & Travel),disebabkan hanya berdua saja maka kami mendapat special treatment sikit....dijemput oleh Pak Shamsul Ariffin(Warga Indonesia dah bermastautin di Makkah selama 25 tahun).Bertolak dari Airport Jeddah Ke Madinah pukul 7.50mlm menggunakan kereta(mmg selesa) dan mengambil masa 4 jam.Samapai di Madinah pukul 11.50mlm(4.30pagi waktu M'sia).Check in kat Wasel Hotel...letih sunggoh & mengantuk yg amat....lepas solat terus dum zzzzzzzzzzzzz.

10/07/08
pukul 3.30pagi dah bangun...masih mengantuk lagi dan disebabkan subuh masuk awal dalam pukul 4.12 pagi.Turun je hotel tengok dah penuh orang berjalan menuju ke masjid Nabawi....jarak masjid dgn hotel dalam 50 meter je....alhamdullilah....
pertama kali masuk masjid hati rasa sayu dan gembira kerana dapat juga menunaikan solat di sini....
pukul 7.00 pagi saya dan suami dijemput oleh mutawwif(Ustaz Hari) utk ziarah disekitar Madinah.Kami dibawa ke Masjid Quba' iaitu masjid pertama yg didirikan oleh Rasullullah s.a.w. ,kemudian terus menyusul ke ladand kurma.Kat sini walaupun harga yg ditawar mahal tetapi berbaloi coz kurma freshly baru dipetik....saya dan suami borong kurma kat sini ja....dapat beli kurma Ajwah dlm 2 kilo(1kilo 40 riyal) yg lain2 tu kurma madu dan kurma bersalut chocolate....
Ni pulak kat perkarangan masjid tujuh...Ni pulak kat perkarangan Bukit Uhud-terletak kira2 5 km dr Masjid Nabawi.Disinilah berlakunya peperangan yg dasyat di antara org2 islam dgn org2 musyrikin Mekah.Peperangan ini terjadi kerana org musyrikin ingin membalas dendam keatas kekalahan mereka dalam perang Badar.Mereka membawa 3000 org tentera berbanding 700 org tentera islam.Dalam peperangan ni,org islam hampir mengalami kekalahan dan ramai yg terkorban termasuk bapa saudara Rasullullah s.a.w.Dgn pertolongan Allah S.W.T maka tentera islam mencapai kejayaan.

Seterusnya pergi ke Masjid Dua Kiblat.Terletak ditengah2 perjalanan diantara bukit uhud dan Madinah.Semasa Rasullulah s.a.w tiba di Madinah,kiblat org2 islam ialah ke arah Baitulmaqdis iaitu menyerupai kiblat org2 yahudi.Mereka mengejek umat islam yg dikatakan mengeji org yahudi ttp bersolat mengikut kiblat org yahudi.Rasullullah kurang senang dgn ejekan itu maka berdoa kpd Allah,semoga kiblat ditukarkan kepada baitullah di Mekah.Kira2 17 bulan selepas hijrah,turunlah ayat 144 surah Al-Baqarah yg memerintahkan supaya kiblat ditukarkan ke Kaabah sekarang.

Lepas habis touring disekitar madinah kami pulang ke hotel...apalagi dum...zzzzzzzzzzzzzz.sementara menunggu masuk waktu zohor.Ada pekara lucu terjadi pada sebelah malam.Sebelum pergi ke Masjid Nabawi utk solat Magrib & Isya' ,saya minta izin suami utk balik lewat sikit coz nak pergi ke Raudhah,maklumlah Raudhah(salah satu kawasan berdoa yg mustajab didalam masjid Nabawi iaitu ruang kediaman Siti aishah -sekarang kaw berkurung-digalakkan utk berdoa dan bersolat disini) hanya dibuka utk waktu2 mtertentu utk wanita....sebelah pagi selepas subuh then selepas zohor(just half an hour je) ,waktu ni mmg org asia cam kita tak leh masuk nyer coz wanita2 dr asia barat akan akan mendominasikan ruang tersebut and waktu terakhir ialah selepas solat isya' dalam pukul 10mlm.Saya skip makan mlm semata2 nak pergi ke Raudhah...Jemaah M'sia & Indonesia dikumpulkan sekali dan setiap negara dikumpulkan disatu2 tempat,cara ini mmg fair coz semua org boleh masuk dan berdoa dan bersolat di Raudhah.Tapi yg tak bestnya walaupun dan dibuat peraturan sebegitu wanita 2 arab nie mmg yg jenis tak patuh pada arahan,walaupun dilarang oleh petugas2 disitu dr memotong queue,mereka tetap merempuh barisan kami yg kecil2 molek ni...sabar saja....kesian kat makcik2 yg tua kena rempuh...disebabkan asyik dipotong queue...kumpulan kami menjadi kumpulan terakhir yg boleh masuk kesana....keluar dr masjid dah pukul 12tgh mlm....balik ke hotel tgk hubby tak ada dlm bilik,disebabkan kunci dia yg pegang so saya turun balik ke lobby...perut mmg berkeroncong gila...then dgr suara hubby kat counter lobby...bila dia nampak saya terus dia dtg peluk saya...terpingga2 saya....dia kata dia panik bila pukul 11.30 mlm saya tak balik kebilik lagi...dia takut saya sesat...my hubby keluar dari hotel siap call mutawif ,group leader some other group yg kami sempat berkenalan,informed ttg kehilangan saya....saya senyum jer(sayangnye hubby kat saya he..he...)dia kata dia mmg betul2 gabra...saya pun story le kat dia suasana kat Raudhah tu...then kelam kabut dia call balik semua group2 leader takut nanti ada yg buat gerakan mencari saya lak... esoknyer semua org tau pasal hal saya...he..he..

11/07/08

selepas solat subuh dan bersarapan saya dan suami membuat zaiarah wida' sebelum bertolak ke Mekkah(lupa nak inform yg saya ambil package 9 hari 7 mlm dimana 2 hari di madinah & 5 hari di mekkah-hubby tak dapat cuti lama)......nanti saya sambung lagi ...

7 comments:

nizaineese said...

Seronok tengok nurul and pian pergi... alhamdulilah dah balik...

Hana' Yusuff said...

salam nuyui,
rasa terharu dan teringat kembali saat2 manis di sana.mmg mcm tak nak balik,kalau boleh nak sentiasa ke sana.
cuaca sekarang dah panas kan?nuyui sihat?hana dulu selsema&demam sikit.rindu anak sekali kot waktu tu.hehe... nuyui balik msia terus buat cc ek.hebat tu.
murah pula kurma ajwah yg nuyui beli.dulu 1kg-rm70.bln 2 lepas 1kg-rm60.kalau kat msia kat mahal 1kg-rm150. boleh la nak berbuka puasa nnt. kurma nabi@ajwa pun byk khasiatnya kan.
suami nuyui MAS juga ye?department mana?take care nuyui1

Cake2u said...

Salam kak noral...he..he..dah lama pian nak bawak saya pi...cuma kali ni berpeluang...alhamdullilah...

Cake2u said...

Salam hana,bestkan pi sana...saya pun sama cam tak mau balik...saya tak le demam cuma hidung sentiasa berdarah coz panas...saya ingatkan itu dah kira mahal kurma ajwa tu...kira kata oklah price tu...org kata rezeki jgn ditolak,walaupun penat tp hati puas dpt gembirakan org...he..he..hubby kita kat engineering deptm...TQ ya hana...bila lah ya ada kesempatan nak jumpa..

Yani Yusuf said...

Kak Nurul...isk,isk...sayu plak tgk gambar2 kat sana...tinginnya nak gi sana....doakan yani pun akan sampai sana nnti...insya-Allah

Cake2u said...

mmg seronok dok sana...tak pa kak nurul akan doakan Yani moga diberi kesempatan utk ke sana ,insyaallah...

amm1064 said...
This comment has been removed by the author.