Tuesday, July 22, 2008

Umrah Part 2

11/07/08

selepas membuat ziarah wida' & kami check out dan bertolak dlm pukul 3ptg.Bermiqat di Zulhulaifah atau Bir Ali kira2 10km dari Madinah.Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam 30 minit.Sampai di Mekah dlm pukul 8.30mlm.Check in di Hotel Zarat Al-Sham.Jarak hotel ke Masjidil Haram lebih kurang 300meter...jauh jugak...sebelum datang ke sini pun mmg travel agent dah inform coz sekarang ni banyak hotel dirobohkan untuk pembesaran masjid jadi hotel sekarang yg ada jauh2 belaka dan kalau ada rezeki sesetengah jemaah dapat hotel yg dekat dgn masjid.Selepas selesai solat kami dipimpin mengerjakan umrah oleh Ustaz Hari.Pertama kali menjejakkan kaki dlm masjidil haram...terasa sebak je dan bila dah nampak kaabah terus air mata ni tak boleh ditahan2.Alhamdullilah terasa senang dan selesa saja kami berdua di beri kemudahan oleh Allah utk menyelesaikan umrah iaitu tawaf dan saie...dan seterus terus bertahalul...selesai semuanya pada pukul 12tgh mlm.

12/07/08
Hari ni merupakan acara bebas....banyak masa dihabiskan di masjid je....tak tersa nak shopping pun coz cuaca panas sangat sampaikan hidung saya(saya ni ratu selsema kat M'sia) asyik berdarah dan tersumbat je coz banyak debu dr bagunan yg tgh dirobohkan tapi alhamdullilah saya tak dapat selsema langsung....he..he...tuhan makbulkan doa saya ....kalau tidak mmg org akan asyik pandang saya le...maklumlah saya ni jenis yg bersin kuat dan teruk..hidung akan merah macam clown....he..he..

13/07/08
Hari ni kami berziarah di sekitar mekah.Tumpang another group dari KRS travel & tours...kebanyakan jemaahnya dari negeri 9,so apalai..dengat pelat org sana je..mmg fun cozorang nenek ni asyik dok bercerita ngan saya..tapi setengah ayat dia saya tak paham..he..he..

Tempat pertama yg kami dibawa melawat....Jabal Thur(bukit Thur)...tak naik pun tinggi sgt...amik gambar kat bawah jer...Sejarah - Di gua inilah,Rasullulahh s.a.w. bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi beberapa hari untuk mengelakkan diri daripada tindakan org2 Quraishy semasa nak ke Mekah.

Ni pulak Jabal Rahmah.....geng2 KRS yg muda2 & bujang2 pakat naik beramai2 nak berdoa moga2 dicepatkan jodoh...he..he..me & hubby depa tak bagi naik coz nanti depa kata my hubby doa nak kawen satu lagi...hi..hi..hi...kalau tak pasai tu pun mmg tak naik...tak larat...Menurut riwayat sewaktu nabi Adam a.s. dan Siti Hawa turun dari syurga,keduanya berpisah.Keduanya akhirnya bertemu dipadang Arafah dan berkumpul di Jabal Rahmah.....

Ni pulak di Mina dari atas Bus....Mina @ muna bermaksud kota pengharapan....nampak dak bagunan yg thg dok buat kat ujung tu?.....tu tempat melontar yg baru....dijangka siap masa musim haji ni...

lepas balik dari berziarah,kami di bawa ke Tana'im atau masjid siti aishah utk bermiqat.Dan alhamdullilah kami di beri izin utk menyempurnakan umrah lagi sekali...





ni pulak perkarangan Masjidil Haram ....

14/07/08 & 15/07/08 - merupakan acara bebas....jadi banyak dihabiskan di masjidil haram....

16/07/08 - hari ni lepas solat zohor kami mengerjakan tawaf wida'(tawaf selamat tinggal)...rasa sayu jer bila dah meninggalkan kaabah....sampai di hotel buat preparation utk check out...bertolak dari mekah ke jeddah pukul 2.30ptg...just 2 of us je bersama pemandu & sorang mutawif(Ustaz Zofhir)....sampai di Jeddah kami dibawa melawat sekitar bandar jeddah & masjid terapung @ Masjid siti Fatimah....tempat favourite jemaah M'sia & Indonesia utk menunaikan solat & mengambil gambar....padahal di sepanjang pantai ada lebih kurang 7 buah masjid yg besar2 tapi masjid ni saja yg selalu mendapat sambutan dan penuh....masjid yg dibina atas tanah wakaf dan sumbangan dari seorg janda kaya & hartawan Siti Fatimah.....dan di beritahu hartanya sampai sekarang masih tak habis.....banyak digunakan utk bersedekah....sampai di Jeddah Airport International dalam pukul 4.30ptg....banyak sungguh dugaan kat sini.....mula2 lepas check in dan nak melepasi imegresen ni mmg menduga kesabaran...bayangkan masa dah beratur lebih kurang 1/2 jam & bila turn both of us...tetiba petugas tu suruh kami patah balik sbb tak bawa slip keluar dr Jeddah.....terpaksa patah balik...pi minta kat check in counter..grrrrr..patutnya depa ni kenala inform kami yg tak tau apa2 ni....then beratur lagi for another 40minutes...tension jer....dahlah tu pegawai imegresen depa noi langsung tak ada adab sopan macam nak senyum ka @ memberi keutamaan pada warga tua...tak macam kat M'sia...pegawai imegresen kita mmg tip top...sentiasa tersenyum even security officer kat KLIA pun selalu senyum...org sana mahal senyuman....at last naik pesawat dah pukul 8.15mlm...berlepas pukul 9.30mlm dan sampai di KLIA pada keesokan hari nya dlam kul 11.15pagi.....alhamdullilah...selamat sampai di tanahair.....

3 comments:

Hana said...

insyaAllah ada rezeki kita jumpa nurul... biasa ke bangi tak beli barang kek?yummies bakery ke bagus kat kajang ke? kalau ke sana, jemputla ke rumah hana..boleh la kita jumpa..

alhamdulillah Allah beri kesempatan utk ke Tanah Haram.kalau ada peluang mmg nak sentiasa ke sana, duduk sana ke. haah,hotel dah byk roboh kat Makah, sebelm ni agak berterabur sikit susunan hotel dan agak lama. bila ada kecemasan susah diaorg nak bertindak (macam masa hotel roboh dulu).beza dari di Madinah.
sblm nurul nak bertolak tuh, niat nak msg atau call tp masa tuh tak sempat, tgh busy sikit waktu tu.apapun dah selamat semuanya. moga ibadah yg dikerjakan diterima Allah insyaAllah.

nurul said...

salam hana,saya selalu gak gi bangi beli brg kat yummies & vanilla pastry...insyaallah kalau kesana saya bagitau...tq hana...

Hana said...

ok..kalau sempat kita jumpa.skrg dah jarang sikit ke belah2 kota warisan/enstek berbanding sblm bersalin dulu agak kerap juga.kalau pergi pun dgn suami ke nilai impian. tp kejap2 je.

perasan x ada kedai Penawar Optometri antara vanilla pastry dan yummies tuh. hana selalu juga lepak sana sbb tuh kedai kawan. tp dia baru je pindah kedai.take care. selesa panggil nurul ke nuyui?ehe