Sunday, February 10, 2008

Pemanasan Global...

Sekarang ni kalau pukul 12 tghhari ke atas mmmg panas yang teramat...
Walaupun ada ventilator diteratakku ini ,tetap panas....teringat zaman belajar di ITM Arau dulu ada satu dewan besar yg student panggil "oven" sebab walaupun ada ventilator dan kipas angin yg besar macam kat bistro2,suhu didalamnya tetap panas dan sesiapa yg ambil exam disitu akan jadi ikan pekasam...yelah masa masuk fresh keluar je akan jenuh berpeluh...kira kata masam...tak tahu la samada masih ada lagi dewan tu.

Salah seorang lecturer di situ En Nordin Ali(my favourite) suka mengeluarkan hujah mengenai cuaca panas ni...salah satunya "hangpa tau dak pasai apa perlis ni panaih(panas)...sebab hangpala....yalah...sebab hangpa semua banyak buat dosa kat negeri perlis..contohnya dok bertenet(dating) ,parent suruh mai belajaq hangpa mai bercintan-cintun...buat maksiat...tenetla...macam-macam lagi..."..kami masa tu kalau dia bagi statement ni..kami gelak je....mungkin ada benar juga kata En Nordin tu...

Berbalik pada keadaan sekarang seperti yang kita maklum macam yg En AlGore keluarkan dokumentary pasal alam sekitar"An Unconvenient Truth" patut diberi kredit atas usaha beliau utk memberi kesedaran pasal fenomena rumah hijau kepada umum....walaupun sebelum ni rakyat Malaysia amnya tidak bersetuju dgn beliau semasa beliau menjadi org kuat En Bill Clinton...tapi sekarang setelah keluar dari kogres...usaha beliau patut diberi perhatian.
Seperti yang dimaklumi Pemanasan Global berpunca drpd pencemaran udara yg meningkatkan jumlah gas2 karbon(C02,wap air,karbon Monoksida) yg turut dikenali sebagai gas rumah hijau.Haba yg biasanya dpt dipantulkan kepermukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat...itulah sebab sekarang ni bumi semakin panas...

Harap2 selepas ini negara2 yang akan bersidang semula pada 2009 akan mencapai kesepakatan dlm menangani isu-isu sejagat ni...Protokol kyoto pun akan berakhir tak lama lagi tapi sampai skrg isu ini masih tidak berubah...harap slps ini kuasa2 besar dunia tidak lagi pesemis dgn cadangan2 yg dikemukakan oleh ahli2 majlis .....

Sekarang ni aku selalu saja rasa dehidrat...minum 2 liter air pun tak cukup sehari...my hb akan guna air-con kalau nak tidur petang utk kerja shift malam.
Kebunku pula skrg ni memerlukan penyiraman 2 kali sehari kalau tidak kering semacam je pokok2 tu.Hmm....meningkatlah bil air & elektrik bulan ni...
Saja je melalut ,tetiba je rasa nak muhasabahkan diri...panas didunia tak sama dgn diakhirat....

No comments: