Monday, February 4, 2008

Takziah

Pagi yg nyaman.....sarapan pagi hari ni pun simple saja....paratha pizza & Banana Caramel Pound Cake(bakar smlm).Pagi ni hb ada badminton game dgn IL.So tinggal seorg diri kat rumah.

Dapat berita sedih,mak called & informed that one of our very good neighbour Cik Tun passed away on yesterday morning.Mak bercakap dlm sebak...yelah aku faham perasaan mak sebab Cik Tun merupakan teman baik dia dalam segala segi.....teman pasar,teman memasak utk kenduri(both of them selalu dilantik menjadi ketua memasak dlm kenduri-kendara di kampung),teman bergosip,teman umno(both of them mmg aktif dlm umno dan selalu turun ke KL utk perwakilan) dan macam-macam lagi.Sekarang ni tinggal Pakcik Mus & 4 orang anak perempuan Arwah.....mak kata dia rasa hiba bila mengenangkan yg sekarang ni dia dah tak ada kawan baik & anak2 Arwah dah tak ada IBU.

Aku terfikir....aku juga ada kawan baik yg mmg memahami dlm segala segi cuma sekarang ni masing2 dah ada family ...nak berjumpa setiap masa mmg tak boleh....tapi selalu berhubung melalui email & phone.She's my best friend...mmg tak boleh dicari ganti.....

Berbalik pada mak,mak & Cik Tun ni boleh dikatakan hari2 berjumpa...sampaikan masa Cik Tun hospitalised pun mak pi jaga ganti2 dgn P.cik Mus.Cik Tun sakit astma & kencing manis.Mestilah mak sedih....last mak jumpa Cik Tun hari Jumaat 1st Feb....she came to see mak utk minum petang(ini aktiviti kesukaan mereka samada breakfast @ minum ptg bersama-sama).
Aku hanya mampu doakan utk Roh Cik Tun agar ditempatkan ditempat org2 yg beriman...Amin...

No comments: