Friday, March 28, 2008

Rawatan lagi

Kali ni my hubby cadangkan buat rawatan dgn Dato' Dr Hamid Arshat di Damansara.Maka last monday 24hb dapat appoitment dgn beliau....bawa sekali x-ray HSG masa kat Tawakal & explain all my treatment history & after make the checking via ultrasound Dato' terangkan yang kedudukan rahimku ok and it just that my left tiub agak sempit dan ada lapisan darah endometrium kat rahim and he suggested for me to do a minor sugery - D & C and Hydrotubation:

Hydrotubation.

Rawatan ini ialah satu prosedur membuka serta mengembangkan saluran tiub fallopian. Rahim disuntik dengansatu larutan khas yang akan jadi tiub mengembang dan menyenangkan persenyawaan di dalam fallopian tiub. Pesakit akan diberi bius/anestetik dan berada dalam keadaan tidak sedar untuk prosedur ini. Kes ini untuk wanita yang keputusan X-raynya menunjukkan tiubnya tersumbat.Lelemak dan daging atau bentuknya tiub yang tidak betul sesuai dengan prosedur ini. Kadang-kadang ia dilakukan bersama "Dilate & Curetting" iaitu cervix dibuka dan kemudiannya uterus dicuci dengan alat-alat khas untuk membuang lapisan darah endometrium atau polyps. Sekiranya ketumbuhan ini/lapisan darah ini tidak dibuang dan dibiarkan lapisan boleh membiak dan memakan uters kesemuanya lantas merosakkan organ peranakkan.

D&C - Dilate & Currette
Prosedur untuk membersihkan rahim dari ketumbuhan atau lelemak yang boleh menyebabkan rahim tidak subur. Ketumbuhan akibat penebalan rahim seperti mild adenomyosis boleh dirawat dengan kaedah ini.Rahim akan dibersihkan apabila dikorek dengan alat khas.

Surgery berlangsung pada hari semalam 27hb pukul 3ptg...kena puasa dari pukul 8am ....procedure ni just ambil masa dalam 30 minute saja.Sedar2 saja dah selesai...rasa sengal sikit je masa tersedar tu..then dalam jam 5ptg dah boleh balik...dalam perjalanan balik tu yg rasa macam nak pecah perut coz kereta asyik terhentak dengan jalan yg tak elok...sampai je rumah terus makan "Ponstan"..then baru ok

Next appointment 19hb April coz nak buat ultrasound kat Ovari...tak pa kita sabar sikit...kan nak berubat...thanks kat semua rakan2 atas sokongan.TQ

No comments: