Tuesday, September 20, 2011

Wholemeal Roll & Rye bread

Suami saya dah lama suruh saya buat wholemeal bread dan baru sekarang berkesempatan membuatnya.
Resepi yang saya guna ni hasil olahan dari pelbagai resepi roti yg saya ada & pernah cuba.
Roti ni lembut dan tak perlukan bread improver atau bread softner.....

Bahan-Bahan
120ml air suam
1 camt yis segera(saya guna mauripan)
200 g tepung roti
50 g tpg wholemeal
1 biji telur
20 g mentega
20 g lemak sayuran(shortening)
40 g gula halus
1 camb susu tepung.

Cara-cara:
1-campurkan yis bersama air suam-biarkan sampai berbuih
2-masukkan tpg roti,wholemeal,susu tpg dan gula dalam mangkuk.....buat lubang di tengahnya masukkan campuran yis & telur....kacau dan uli hingga sebati
3-masukkkan mentega & lemak sayuran ....uli lagi hingga menjadi doh.
4-rehatkan doh dgn menutup mangkuk adunan dgn tuala lembab-biarkan doh naik sekali ganda
5-tumbuk doh utk mengeluarkan angin.Rehatkan 10 minit.
6-taburkan sedikit tepung pada papan pencanai-ambil doh tadi dan canaikan hingga menjadi satu bulatan berdiameter 22cm.potong bulatan doh tadi kepada 8 bahagian macam potongan pizza.
7-ambil satu bahagian dan gulung perlahan dari bahagian besar hingga ke bucu yg tajam.buat sampai habis(boleh juga kalau nak buat bulat2...ikut kreativiti masing-masing).
8-griskan dulang pembakar-susun roll dan rehatkan roll & biarkan ia naik lebih kurang 40 minit. Bakar pada suhu 180C selama 10 - 15 minit
9-sapukan dgn mentega sejurus roti di keluarkan dari oven...

Resepi ni boleh di olah untuk roti bun biasa atau macam gambar kat bawah ni saya buat Rye bread.....saya cuma tukar sukatan tepung saja & yg lain-lain bahan & cara pembuatan masih sama.
Sukatan tepung- 150g tpg roti & 100 g tpg rye serta 1/3 cawan kismis

Rye Bread

No comments: