Tuesday, September 17, 2013

Cake2u page

As Salam semua....

Saya dah tak berapa aktif di blog ni tapi anda semua dijemput ke blog online bizz saya...tapi buat masa ni saya tak open order pun sebab sgt sibut...
Banyak resepi-resepi baru dan post2 terbaru saya letak disana...
Sila-sila lah berkunjung disana ya :
Cake2U

Ok till then..... muahsss ^___^

Monday, September 26, 2011

Basic Muesli Slice


Basic Muesli Slice

Saya ambil resepi ni di Rumah Encik Mat Gebu...izinkan saya ya C& P resepi ya...saya suka resepi ni sebab senang dan sedap...saya buat slice ni atas permintaan my DH...bila kerja night shift kena bawa bekal kudap-kudapan....anak saya pun suka slice ni....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan rolled oats(saya guna wholemeal oats)
2 cawan cornflakes, ramas sedikit
60 g campuran kekacang, dipotong kecil (saya guna walnut,almond dan pine nut)
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip
150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
  3. Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
  4. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....Sedap dimakan diwaktu senggang....

Bila Bateri dah Kong

Bila bateri dah 'kong' ..... pukul 5 ptg dah keletihan...masa time napping pukul 1ptg  saya tak mau tidur siap lari keliling rumah sampai mak saya kata ikut suka ler...he..he..at last ketiduran saya atas sofa...

Tuesday, September 20, 2011

Kek Cawan Baldu Merah a.k.a. Red Velvet

Ramai yg suka dgn kek baldu merah kan...dan kek ini juga adalah salah satu best seller dalam senarai jualan saya...ia adalah kombinasi kek chocolate yg ditambah dgn pewarna merah dan dari itu terhasillah warna merah baldu dan rasa yg unik.....
Ahad lepas kawan saya minta saya buatkan kek cawan baldu merah untuk majlis harijadi anak sulungnya dan di sini saya sertakan resepi untuk rakan-rakan semua...


Bahan-bahan
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar(saya guna tatura unsalted butter)
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih
1 camb pewarna merah

E:
240ml buttermilk(saya guna jenama Pauls-ada dijual di cold storage & kedai2 bakeri supply)

Cream cheese icing:
360 g cream cheese
70 g mentega
200g gula icing

Cara-cara:
1-Ayak (A)-ketepikan
2- pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
3-Masukkan (D)-pukul hingga sebati
4-Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
5-masukkan batter dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
6-sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Untuk Icing:
1-Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.

Ini gambar Buttermilk yang saya guna
(sources:http://jomkepandan.blogspot.com/)
Pandan Bekalan bakeri is one of my favourite shop...macam-macam ada....

Wholemeal Roll & Rye bread

Suami saya dah lama suruh saya buat wholemeal bread dan baru sekarang berkesempatan membuatnya.
Resepi yang saya guna ni hasil olahan dari pelbagai resepi roti yg saya ada & pernah cuba.
Roti ni lembut dan tak perlukan bread improver atau bread softner.....

Bahan-Bahan
120ml air suam
1 camt yis segera(saya guna mauripan)
200 g tepung roti
50 g tpg wholemeal
1 biji telur
20 g mentega
20 g lemak sayuran(shortening)
40 g gula halus
1 camb susu tepung.

Cara-cara:
1-campurkan yis bersama air suam-biarkan sampai berbuih
2-masukkan tpg roti,wholemeal,susu tpg dan gula dalam mangkuk.....buat lubang di tengahnya masukkan campuran yis & telur....kacau dan uli hingga sebati
3-masukkkan mentega & lemak sayuran ....uli lagi hingga menjadi doh.
4-rehatkan doh dgn menutup mangkuk adunan dgn tuala lembab-biarkan doh naik sekali ganda
5-tumbuk doh utk mengeluarkan angin.Rehatkan 10 minit.
6-taburkan sedikit tepung pada papan pencanai-ambil doh tadi dan canaikan hingga menjadi satu bulatan berdiameter 22cm.potong bulatan doh tadi kepada 8 bahagian macam potongan pizza.
7-ambil satu bahagian dan gulung perlahan dari bahagian besar hingga ke bucu yg tajam.buat sampai habis(boleh juga kalau nak buat bulat2...ikut kreativiti masing-masing).
8-griskan dulang pembakar-susun roll dan rehatkan roll & biarkan ia naik lebih kurang 40 minit. Bakar pada suhu 180C selama 10 - 15 minit
9-sapukan dgn mentega sejurus roti di keluarkan dari oven...

Resepi ni boleh di olah untuk roti bun biasa atau macam gambar kat bawah ni saya buat Rye bread.....saya cuma tukar sukatan tepung saja & yg lain-lain bahan & cara pembuatan masih sama.
Sukatan tepung- 150g tpg roti & 100 g tpg rye serta 1/3 cawan kismis

Rye Bread

Thursday, September 15, 2011

Happy 2nd Birthday Umar!!!

Ahad lepas saya buat majlis kecil untuk sambutan harijadi anak saya ....dah besar anak mak seorang ni...saya jemput jiran-jiran & rakan-rakan yang tinggal dalam kawasan perumahan saya ja....niat di hati nak jemput ramai tapi kondisi perut saya yang membuyut ni menghalang untuk menjemput ramai tetamu.....kepada sesiapa yang saya tak jemput tu jgn marah ya...lain tahun saya jemput ya  he..he...
Suami saya tak bagi saya buat majlis takut saya penat,sebab sekarang kandungan saya dah masuk 6 bulan dan dia suruh saya buat pulut kuning ja kemudian hantar kerumah jiran-jiran...tapi saya dah bertekad nak buat juga majlis untuk Umar....larat ke tak larat ke kena buat juga....
Saya cakap kat suami ...kita buat majlis simple ja..
Jadi untuk majlis umar ni saya siapkan 3 hidangan manisan & 2 hidangan utama....penat tapi saya puas hati sebab berjaya siapkan sendiri... 
Menu:
Nasi impit bersama rendang ayam
Cucur Udang bersama kuah kacang
Red velvet cupcakes
Fruit tartlets &
Cheddar slice cheese cake

Oleh sebab my hero minat sangat dgn Cars ,saya buat cupcake with cars toppers....niat dihati nak buat sebiji cake dgn hiasan fondant tapi...he..he..he...mak dia tak larat...
 Cheddar slice cheese cake...yang menjadi kesukaan tetamu....
Umar yang happy dengan kunjungan tetamu & rakan-rakan kecil...
 Dapat duit raya dari auntie Zarina.....
Umar & kakak Mia & Zara....thanks ya bagi hadiah kat saya.....
Majlis start pukul 5 ptg habis pukul 8.30mlm....
Puas hati....malam tu saya tidur awal keletihan....ha..ha..ha..

Friday, August 19, 2011

Biskut Raya

Just to share yang saya dah siapkan kuih raya utk bawa balik ke kg esok.....tak banyak pun & yg penting semuanya resepi simple .....

 Biskut Crispy Almond
Sangat senang & dah tinggal separuh En Suami makan waktu iftar & sahur.....dan rasanya tak sempat sampai raya.....

Biskut Peanut Butter Almond 
Biskut ni hasil olahan Almond London....

 Biskut Suji Brunei
Resepi saya ambil di blog yg fofular CMG .... sedap paduan conflakes ,suji dan minyak sapi...

Biskut Jejari Oat
Ni memang all time favourites.... senang dan sedap.... resepi saya ambil rumah mamafami ...dah 3 tahun berturut2 saya buat cookies ni....

Cookies nie semua saya bahagikan kepada tiga bahagian..saya,mak saya & MIL....
Puas hati dapat buat sendiri...last year saya hanya sempat buat sejenis saja sebab sibuk menyiapkan tempahan dari pelanggan