Monday, August 8, 2011

Ayam Bakar & Puding Cendol

 Semalam saya teringin nak makan ayam bakar & tengok bahan2 dalam icebox semua ada maka terlaksanalah misi saya....kat atas tu ayam bakar yg belum di potong.....
 Ayam bakar with kuah percik....
Nie resepi dari ibu saya...senang saja & dijamin lazat he..he...

Bahan-Bahan:
1/2 ekar ayam-potong 2
1/2 biji kelapa parut-ambil santan
8 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 sk jintan manis*
2 cm halia*
1 cm lengkuas*
1 btg serai*
1 btg serai di titik
kayu manis,bunga lawang
garam & gula

Cara2:-
1.Kisar yg bertanda * .Panaskan sedikit minyak dan tumis kayu manis,bunga lawang,serai titik bersama bahan kisar sehingga wangi.
2.masukkan ayam serta santan,rasakan dgn garam serta gula
3.Masak sampai kering atau sampai kuah pecah minyak.
4.Panaskan oven dalam mode grill dan bakar sampai garing,masa tgh grill tu boleh sapu kuah percik dari semasa ke semasa...
5.Dah masak potong ayam dan letakkan kuah lebihan percik diatasnya...

Ni pulak Puding cendol saya buat untuk berbuka puasa.....
Resepi saya ambil dari myresepi mmg berbaloi buat puding ni sbb sedap....
Saya buat 1/2 dari resepi asal & guna loyang bulat  8" x 3"....Thanks kak Ogy @ tuntung15

No comments: