Thursday, August 4, 2011

Kuih Muih di bulan Puasa

Antara menu kuih muih di bulan puasa yang sempat saya buat untuk berbuka
 Resepi kuih bakar nie selalu saya guna sebab senang,jadi kuih ni menjadi pembuka untuk berbuka hari pertama......saya guna bekas size 8" x 8" x 3"....kuih bakar ni mmg the best ...Thanks to Joayee
Saya C & P dari Myresepi

Bahan-bahan ( 6 org )-(saya guna loyang square 8")
Sumber :Myresepi-Joayee

  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara
1.campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
2.masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3.panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing

 Yang ini pulak menu berbuka untuk hari kedua.....Kuih Lapis kacang Merah...feveret En Suami...
Saya ambil resepi di Rumah kak Ummi yg femes tu....thanks kak saya C & P ya kak utk rujukan saya.. :))

Kuih Lapis kacang Merah(saya guna loyang square 7")
Sumber:http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com
Bahan A:-
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam

Bahan B:-
1 cawan kacang merah rebus (dikisar kasar2 sikit)
1 cawan air
sedikit pewarna merah

Bahan C:-
1/4 cawan air

Cara Membuat:-

-Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau sebati.

-Tapiskan dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
-Satukan bahan B, dan campurkan ke dalam satu bahagian tadi. Kacau rata.
Satu bahagian plain tadi dicampurkan dengan 1/4 cawan air (bahan C) dan gaul rata.
-Panaskan loyang bulat dalam kukusan sebentar dan tuangkan 1 senduk bahan B (kacang merah) dan kukus selama 10 minit.
-Lapiskan pula satu senduk adunan plain dan kukus selama 8 minit.
Ulangi proses melapis berselang seli hingga habis. (*ummi kukus lapisan terakhir agak lama, lebih kurang 10 - 12 minit).
-Angkat dan biar kuih benar2 sejuk dulu, baru dipotong

Yg ni pulak menu berbuka hari Ke tiga(semalam)
Murtabak segera....
Resepi saya ambil dari My resepi....Thanks Minami
Boleh refer resepi disini ya...

No comments: